Terryana "Terry" Fatiah (lahir
14 Jun 1984 di
Jakarta) adalah
penyanyi perempuan
Indonesia yang berdarah campuran
Belanda,
Arab dan
Padang. Beliau juga dikenali sebagai Terry dan berketinggian 168 cm. Terry menceburi bidangmuzik Indonesia pada bulan
Ogos 2004 melalui sebuah single berjudul “Hatiku Beku”, sebuah lagu rendition dari
Koes Plus, yang masuk dalam album kompilasi bertajuk Now & Forever. Tahun
2006 ini Terry siap melemparkan debut album solonya yang bertajuk
TERRY. Beliau juga pernah menjadi backing vokal band
DEWA dan
Audy.Permulaan beliau dalam industri rakaman bermula dengan berduet bersama
Rio Febrian dalam lagu “Katakanlah” yang masuk dalam album Rio kedua. Selanjutnya beliau menghasilkan single Hatiku Beku yang ketika ini sudah masuk ke chart radio dan video klipnya sudah berada di
Televisyen. Single “JANJI MANISMU,” yang menjadi andalan adalah sebuah lagu ballad yang pernah hit di tahun
80-an. Terry menyanyikannya dengan mahir dan penuh perasaan. Tak ketinggalan, ia juga berduet dengan
Ello dalam satu nombor daur ulang terkenal berjudul “KEMESRAAAN.” Untuk persiapan album solonya, penyanyi yang mengemari muzik aliran R&B, pop, dan blues ini betul-betul terlibat dalam pengubalannya dengan menciptakan beberapa lagu. Beliau dibantu oleh sejumlah ahli muzik handal seperti
Tohpati ‘ Bontot’,
Thomas Ramdhan (GIGI),
Irwan Simanjuntak, dan banyak lagi.